SEMESTER 3 SARJANA PENDIDIKAN

Alhamdulillah.

Setelah 2 semester belajar secara online ( gmeet,/ zoom), akhirnya dapat juga menghadiri kuliah secara bersemuka. 

Pendaftaran masuk Semester 3 telah dibuat pada Ahad (3.9.2022). Pertama kali menjejakkan kaki masuk ke UPSI sebagai pelajar separuh masa. Semoga dapat belajar dengan baik dan dapat mempelajari perkara-perkara baharu. 

Rakan-rakan seangkatan datang dari Perak,  Selamgor,  Johor,  Kelantan,  Sabah dan Sarawak. Tahniah kepada rakan-rakan yang datang dari jauh untuk menimba ilmu.



======================================================= TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =======================================================

UTAMAKAN KESELAMATAN - PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG

Catatan 30.1.2022

30/365

KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina 2022, ramai rakan-rakan yang mengambil peluang pulang ke kampung atau pergi bercuti.

Selamat balik kampung,
Selamat bercuti,

...kepada semua rakan-rakan yang telah merancang perjalanan atau sedang dalam perjalanan....

.....berhati-hati semasa dalam perjalanan & utamakan keselamatan diri, keluarga & orang lain.

Semoga selamat sampai ke destinasi... & selamat pulang ke kediaman rakan-rakan.



Iklhas
Pesanan Keselamatan
.
(👌semasa berkhidmat di Johor suatu masa dahulu...cuti panjang adalah waktu yang ditunggu-tunggu utk balik ke kg..)








APAKAH KEMAHIRAN ANDA?

Catatan 29.1.2022

29/365

KEMAHIRAN

Setiap daripada kita, ada kemahiran tertentu yang kita kuasai. Cuba kita lihat diri kita sendiri... apakah kemahiran yang kita ada. 

Asah kemahiran kita sehingga menjadi pakar. dan boleh mengajar orang lain utk mahir dalam bidang itu.

Pastikan kemahiran kita itu adalah kemahiran yang memberi manfaat.

Terima kasih.




SEPAK TAKRAW

Catatan 15.1.2022

15/365

AKTIVITI SUKAN

Salah satu sukan yang diminati sejak sekolah rendah ialah SEPAK TAKRAW. Mula mengenali dan bermain sepak takraw ialah pada umur 11 tahun (darjah 5). Bermain bersama kawan-kawan sekampung.

Alhamdulillah, dapat memberi sedikit sumbangan sebagai pemain semasa di sekolah rendah, menengah dan berkesempatan mewakili UiTM Perlis pada tahun 2001.

Semasa belajar di UiTM Perak, pernah mencuba untuk mewakili UiTM Perak..tetapi masih belum layak.








MATEMATIK TAHUN 2 - BENTUK 3 DIMENSI

Catatan 12.1.2022

12/365

Matematik Tahun 2

Tajuk : Ruang (Bentuk 3 Dimensi)


Murid-murid telah diminta untuk membawa objek yang berbentuk 3 Dimensi ke sekolah. Antara objek yang dibawa ialah bekas minuman, tin susu, pemadam pensel, pengasah pensel, buku nota kecil, gam dan penutup botol.


Murid dapat memahami objek yang berbentuk 3 Dimensi.

Tahniah..





SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 2021/2022

Catatan 10.1.2022

10/365

Hari pertama persekolahan penggal 3 2021/2022.

Sesi persekolahan telah ditangguhkan oleh KPM daripada tarikh yang sepatutnya sesi persekolah bermula disebabkan banjir yang telah belaku.



KEJAYAAN IMPIAN KITA SEMUA

Catatan 7.1.2022

7/365

KEJAYAAN

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pelbagai halangan perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi kejayaan.

Usaha tanpa jemu yang kita lakukan, InsyaAllah akan dipermudahkan perjalanan sebelum mencapai kejayaan.

Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Jom, kita mulakan misi kejayaan kita dengan langkah pertama.