=====================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
Sumber : BH Online
Selasa, 17 March 2020 | 1:14pm
KUALA LUMPUR:
Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
23 Januari
Kementerian
Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan
(CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki
dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di
Sabah negatif.
24 Januari
KKM maklumkan lapan
kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru
dan dikuarantin.
25 Januari
-Menteri Kesihatan
(ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV
babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura
pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan
jangan melancong ke China jika tiada keperluan.
26 Januari
-KKM rancang tambah
alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.
27 Januari
-KKM mengenal pasti
26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes
disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
-Kerajaan
menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar
Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.
28 Januari
-Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua
masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
-Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi
memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.
29 Januari
-KKM sahkan
pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah
tujuh.
- Perdana Menteri
(ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan
membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.
30 Januari
- KKM sahkan satu
pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan),
jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
- Sebuah
jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia
dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di
wilayah itu.
- Jawatankuasa
diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar,
Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN).
- Kerajaan Sabah
mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan
disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu
kelak.
31 Januari
- Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan
dunia.
1 Februari
- Semua warga China
dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki
Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.
- Kedutaan Besar
Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan
membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan
penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.
Pesawat AirAsia
AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi. - Foto
Ahmad Irham Mohd Noor
PESAWAT khas yang membawa pulang rakyat Malaysia
dari Wuhan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). -
Foto Ahmad Irham Mohd Noor
4 Februari
- Malaysia membawa
pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta
anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan
masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.
- Seorang lelaki
rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang
dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun
yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.
- Pertambahan dua
kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
- Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat
Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu
jangkitan coronavirus 2019.
5 Februari
- Sejumlah 74 orang
dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia
dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel
diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan
Pemantauan.
- Dua daripada 107
individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana
(HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif
kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.
6 Februari
- Seorang wanita
rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China
dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan
jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China
dan empat rakyat tempatan.
7 Februari
- Satu lagi kes
positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada
15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari
Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.
8 Februari
- Seorang wanita
warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV,
menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.
9 Februari
- Seorang wanita
tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka
keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes
rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan.
PEMBANTU farmasi melekatkan notis pemberitahuan
kehabisan stok topeng muka serta cecair pembersih tangan pada pintu masuk
farmasi di Kuala Ibai. - Foto BERNAMA
10 Februari
- Malaysia mencatat
18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu
membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di
Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.
11 Februari
- Kerajaan Malaysia
dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan
penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan
kedua-dua negara.
12 Februari
- KKM menerima
tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara,
menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
- WHO mengumumkan
COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel
koronavirus 2019.
- Dr Dzulkefly
berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal
awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.
13 Februari
- Satu lagi kes
positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat
kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39
tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.
14 Februari
- Tiga lagi diuji
positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu
membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita
warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal
persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.
DR Mahathir selaku Perdana Menteri Interim,
mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan
penularan COVID-19. - Foto BERNAMA
27 Februari
- Dr Mahathir
selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi
menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.
28 Februari
- Kes baharu
COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan
positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
- Pesakit ke-23
adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit
ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala
kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia
dan tinggal di negara ini.
1 Mac 2020:
- KKM mengesahkan
empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah
keseluruhan 29 kes.
- Kes ke-26 adalah
berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada
pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun
yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat
kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes
ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke
sebuah hospital swasta pada 21 Februari.
3 Mac
- KKM mengesahkan
tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini
ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29
Februari.
4 Mac
- Sebanyak 14 kes
baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat
kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes
ke-26.
5 Mac
- Lima lagi
individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes
ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.
6 Mac
- Sebanyak 28
individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes.
7 Mac
- Sebanyak 10 kes
baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.
8 Mac
- Enam kes baharu
dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua
kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26.
ORANG ramai memakai penutup muka ketika ditemui di
Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
9 Mac
- Sebanyak 18 kes
baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia
ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang
lelaki yang pulang dari Iran.
10 Mac
- Sebanyak 12 kes
baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia
setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan
COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.
11 Mac
2020:
- Sebanyak 20 kes
baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara
ini meningkat kepada 149.
12 Mac
- Sembilan kes
baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini
ialah 158.
- WHO
mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan
ketara kes di negara selain China.
- Malaysia belum
mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik
tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit
adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27
Februari hingga 1 Mac.
JEMAAH memakai topeng muka ketika ditemui di Masjid
Sri Petaling. - Foto Aswadi Alias
13 Mac
- Sebanyak 39 kes
baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini
meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI
jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes
dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi
(ICU) dan diberi rawatan anti-viral.
14 Mac
- Sebanyak 41 kes
baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada
238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan
37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.
15 Mac
- Sebanyak 190 kes
baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada
428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan
kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
16 Mac
- Sebanyak 125 kes
baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada
553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan
tabligh di Masjid Sri Petaling.
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31
Mac. - Foto BERNAMA
- Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14
hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
- BERNAMA