Program Prasekolah – Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Program prasekolah merupakan satu program pendidikan awal kanak-kanak yang amat penting. Prasekolah bermula pada umur 5 tahun di sekolah kerajaan. Namun, pendidikan kanak-kanak boleh dimulakan dari dalam kandungan ibu lagi..

Saksikan video di bawah;

Posted in Video | Leave a comment

Tugas Sampingan Hilang Fokus Guru

NOSTALGIA…tanpa mengira zaman, jasa guru dalam memberi pendidikan tidak pernah terbatas dan hilang.

SAMBUTAN Hari Guru 16 Mei setiap tahun menjadi simbolik pengiktirafan istimewa kepada warga pendidik yang tidak jemu melahirkan insan berjaya dan terbilang.

Sama ada pengetua, pensyarah atau guru semuanya berjasa biarpun zaman sudah menjengah alaf baru dengan pelbagai tanggung jawab yang kian sukar serta mencabar.

TERIMA KASIH…kejayaan guru dalam melahirkan insan terbilang sukar dipertikaikan.

JANJI KAMI…jadikan ikrar guru sebagai pemangkin semangat dalam melaksanakan tanggungjawab.

Continue reading

Posted in Guru | Leave a comment

Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan produktiviti terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Posted in Guru, Video | Leave a comment

Kemahiran Berfikir Kunci Kecemerlangan

Pendekatan menerapkan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan bukan sahaja berjaya menobatkan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) terbaik dalam subjek Sejarah malah menjulang sekolah itu sebagai sekolah kerajaan terbaik seluruh negara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Ketua Panitia Sejarah TKC, Mohd Saleh Ibrahim berkata, budaya berfikir yang diterapkan di kalangan pelajar turut mendorong kepada pencapaian cemerlang itu dan ia sesuai dengan konsep baru pendidikan yang menekankan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan.

“Pelajar perlu diberi peluang mengemukakan pandangan mengenai sesuatu peristiwa sejarah dan guru berperanan memandu pelajar supaya tidak terpesong daripada fakta sebenar.

Continue reading

Posted in Motivasi | Leave a comment

Dasar 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Posted in Sukan | Leave a comment

13 Rukun-Rukun Solat

Berikut ialah rukun-rukun solat. Semoga menjadi panuan kepada kita semua.

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa,
disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring ,
telentang atau dengan isyarat.
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5. Rukuk dengan toma`ninah.
6. I`tidal dengan toma`ninah
7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10.Membaca tasyahud akhir
11.Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12.Membaca salam yang pertama
13.Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Posted in Agama | Leave a comment

Doa : Ketika Hendak Mula Belajar

Bacalah doa ketika mula belajar.

Posted in Doa | Leave a comment

Jom Baca : Buku Biografi Agung Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Ini adalah buku pilihan saya pada kali ini. Saya telah membeli buku ini secara online di laman web  Must Read Sdn Bhd. Saya akan kongsikan apa yang di dalam buku istimewa ini pada siri yang akan datang. Nantikan….

=======================================================================

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

=======================================================================

Posted in Buku | Leave a comment

25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Continue reading

Posted in Motavasi | Leave a comment

Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

Continue reading

Posted in Rukun Negara | 1 Comment